Tag: Vectors

  • EOCM Forum can’t access?

    EOCM Forum can’t access?

    Welcome to the year 2012 to all Exorians!

    Untuk info terkini, Forum EOCM telah dinaiktaraf dan dikemaskini ke platform yang baru. Sehubungan dengan itu terdapat berberapa isu teknikal seperti tidak dapat mengakses ke forum sejak kebelakangan ini. Ini disebabkan kerja2 penaiktarafan tahap keselamatan pada Forum tersebut supaya ia tidak lagi dibebani dengan spam2 yang kian berleluasa. Diharap isu ini tidak dapat mematahkan semangat rakan2 Exorians untuk terus berkongsi ilmu dan pendapat tentang kenderaan MPV pertama buatan Malaysia ini!

    Disediakan Cara² yang diperlukan untuk membolehkan akses ke Forum melalui Browser yang anda guna.

    1. Bagi pengguna IE ( Internet Explorer)

    2. Bagi pengguna Firefox

    3. Bagi pengguna Google Chorme

    * Klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas.

    Credit to Shah Yorke!

  • Rekod EOCM – TT paling lama!

    Rekod EOCM – TT paling lama!

    Di kesempatan cuti sekolah serta sambutan ambang tahun baru, dengan meriahnya rakan-rakan Exorians telah menjayakan satu rekod TT yang paling lama. TT yang mengambil masa selama 2 Tahun ini telah diadakan dibeberapa tempat diseluruh Malaysia. Dihadiri oleh rakan-rakan Exorians bersama-sama ahli keluarga masing-masing. TT tidak terhad kepada makan dan minum malah terdapat acara-acara sampingan seperti bergotong-r0yong memasak Bubur Asyura, meyediakan hidangan BBQ seperti gaya Master Chef Malaysia yang telah di beri tugasan luar untuk menjamu selera 250 orang tetamu malah acara beradu tenaga bersama raja buah@ Durian juga turut berlaku. Acara TT ini juga diserikan lagi dengan kelunakkan suara dari rakan-rakan Exorians yang sudi bermadah lagu dengan lagu-lagu pilihan mereka. Kemuncaknya diantara 2 tahun tersebut ia diserikan lagi dengan percikan bunga api menandakan bahawa ia telah memasukki tahun yang berikutnya.

    Tahniah kepada semua Exorians yang menjayakan TT ini tak kira aktiviti apa yang anda telah lakukan tetapi yang paling utama kita dapat merapatkan lagi tali siratulrahim malah menyatukan ukwah! Insyallah kita bertemu dilain aktiviti! semoga EOCM terus maju kehadapan!

    Exora Owners Club Malaysia dimana² !!