
Sambutan Ulang Tahun Ke 2 – Exora Owners Club Malaysia
30 Apr 2011 – 1 May 2011 @ Best Western Marina Island Resort Pangkor

RTM1 Jom Jalan Jalan SPM (Media Coverage)

RTM2 – Hello on Two (Media Coverage)
Sambutan Ulang Tahun Ke 2 – Exora Owners Club Malaysia
30 Apr 2011 – 1 May 2011 @ Best Western Marina Island Resort Pangkor
RTM1 Jom Jalan Jalan SPM (Media Coverage)
RTM2 – Hello on Two (Media Coverage)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada para sahabat EXORIANZ & pemilik Exora,
Dengan limpah perkenan Founder EOCM Encik Exocula, Tuan PreSiden Encik Andalas dan AJK EOCM yang telah memberi mandat kepada Eastern Region untuk menjayakan Year End Gathering (YEG) @ Perhimpunan Akhir Tahun (PAT) 2010, maka saya dengan ini mengumumkan butiran YEG @ PAT EOCM 2010 yang akan diadakan adalah seperti berikut :
Segala butir-butir pendaftaran, pembayaran, penginapan dan aktiviti akan disusuli nanti. Kami warga AJK YEG@PAT 2010 mengalu-alukan kedatangan dan penyertaan semua Exorian SeMalaysia.
Silalah rujuk kepada forum EOCM yang akan dikemaskini dari masa ke semasa, Insya Allah. Jadi bolehlah mula menabung dari sekarang. Sila click di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara kami ini..
https://protonexora.com.my/forum/index.php?topic=4501.0
Sekian, terima kasih..
Proton telah menganjurkan satu Majlis Mesra Aidilfitri / Rumah Terbuka Proton pada 6 Oktober 2010, bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).
Exco EOCM telah dijemput khas untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Seramai 6 orang telah hadir bagi mewakili EOCM ke majlis tersebut, Exocula, Noh (VP2), Fizar Kelana (Setiausaha), Murza (Exco), NJ (Exco) dan Raymie (Tim. Bendahari).
Kehadiran wakil EOCM ke majlis tersebut dengan memakai t.shirt khas EOCM telah mendapat perhatian dari Pengurusan Tertinggi Proton, terutamanya dari Dato’ Syed Zainal, MD Proton.
Exco EOCM yang hadir telah mengambil kesempatan menyampaikan secara ringkas aktiviti-aktiviti EOCM kepada Dato’ Syed Zainal, terutamanya kejayaan EOCM terkini, menawan Bukit Fraser bersama 61 Exora untuk majlis Aidilfitri Perdana.
Dato’ Syed Zainal telah meluahkan hasrat beliau untuk bersama-sama Exorians menyertai aktiviti EOCM di masa depan dan menggalakkan Exco EOCM untuk menjemput beliau secara terus. Emel dan no telefon Dato Syed Zainal telah kami ambil dan simpan, jadi Exorians sila tunggu kehadiran MD Proton di majlis EOCM akan datang.
Tn. Hj Shukor Ibrahim, CEO Proton Edar dan juga patron kepada EOCM tiba kemudian, hanya Fizar Kelana dan Raymie yang tinggal untuk mengenal beliau dengan lebih dekat. Beliau akan menjemput wakil Exco ke pejabat beliau dalam masa terdekat untuk berbincang bagi mengeratkan lagi hubungan antara Proton dengan EOCM sebagai Duta Jenama Proton.
Perjumpaan untuk kali kedua dalam sejarah EOCM Northern Region meraikan Aidilfitri diteruskan sekali lagi selepas kejayaan Aidilfitri Pantai Robina tahun 2009.Untuk perjumpaan kali ini,sebanyak 27 Exora berjaya dikumpulkan bersama dengan penyertaan yang datang dari Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Perak.Diserikan dengan acara yang memang ditunggu oleh semua Exorian iaitu sesi fotografi Exora peserta.
Dan juga acara sukaneka untuk anak-anak peserta yang diatur oleh pihak penganjur iaitu Saudara Nuarque,G-One dan Nuarpng telah menghangatkan lagi aktiviti pada hari tersebut.Tradisi jamuan yang berupa ‘pot luck’ oleh Exorian semua,menjadikan hubungan sesama Exorian bertambah erat seperti satu keluarga yang mana tidak kira umur dan pangkat turut serta bersama.
Untuk aktiviti akan datang yang telah diputuskan semasa Perjumpaan Aidilfitri NR 2010,satu konvoi menyeberangi sempadan Malaysia Thailand akan diadakan pada penghujung bulan November 2010 yang mana kali ini adalah sambungan daripada Konvoi Pakbara pada February lepas.Konvoi ini lebih berkonsepkan amal jariah yang mana satu sesi menyampaikan derma akan diatur oleh pihak penganjur.Nantikan info selanjutnya tidak lama lagi.
Pada 29 May 2010,buat julung-julung kalinya di Utara telah berlangsung Jualan Amal di Alor Setar bagi mengutip dana dan derma yang diuruskan oleh pihak Islamic Relief Malaysia dengan kerjasama Radio IKIMfm dan Regency Hotel.Dan sebagai penghormatan,ahli-ahli EOCM di Utara telah dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini dengan penglibatan EOCM lebih kepada aktiviti berkonvoi sambil mengutip derma di kawasan sekitar Bandaraya Alor Setar.Ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak IRM seluruh Malaysia dan untuk pertama kali dalam tahun ini,Alor Setar telah dipilih untuk menjayakan Jualan Amal ini.Seramai 11 ahli EOCM dan keluarga berkonvoi ke 2 lokasi tumpuan iaitu Menara Alor Setar dan Alor Star Mall bagi menyampaikan risalah,cenderahati dan kutipan derma selain menyampaikan mesej tentang fungsi IRM yang mengadakan acara Jualan Amal di hadapan Hotel Regency Alor Setar.
Ahli EOCM NR yang terlibat dalan Jualan Amal.Dari kanan Arar@man,Kingdiamond1,Pulangkani,Nash,Elman,Gandhi,Hafadzmail8994,ExoManiac,Jalak_Lenteng dan kid@Chik
Keratan akhbar Sinar 1 June 2010