025convoi - Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition

Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition

025convoi - Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition

24 September 2011, Sejumlah 80 Buah Proton Exora dari seluruh Semenanjung Malaysia telah dikumpul bagi merealisasikan Majlis Sambutan Merdeka Raya EOCM 2011. Sambutan kali ini bertempat di Dewan Fraser, Bukit Fraser Pahang yang terletak 1280 meter dari aras laut. Dewan ini juga telah digunakan untuk tujuan yang sama pada tahun lepas namun pada kali ini terdapat peningkatan jumlah peserta yang terdiri daripada kaum keluarga dan sahabat handai yang tidak melepaskan peluang untuk bersama menjamu selera dan menghirup udara yang nyaman di Bukit Fraser ini.

DSC 0110 - Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition

Dengan kedinginan suhu antara 17 – 24 celcius, semua peserta yang hadir dengan bangga berbaju melayu lengkap bersongket dan bersongkok pada kaum lelaki manakala baju kurung dan kebaya menjadi pilihan bagi kaum wanita. Sesuai dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke 54, Hari Malaysia ke 48 dan Hari Raya Aidilfitri 1432 H yang disambut serentak pada tahun ini.

DSC 0088 - Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition

Acara bermula di kaki Bukit Fraser dimana kesemua peserta yang terdiri dari Ahli – ahli Kelab Pemilik Proton Exora Malaysia (EOCM) berkumpul di Dataran Kuala Kubu Baru untuk sesi pendaftaran dan penerimaan cendera hati.  Selain taklimat ringkas dari Marshall, bacaan doa tidak dilupakan bagi memohon restu supaya perjalanan pegi dan pulang dalam keadaan yang selamat. Konvoi mula bergerak sekitar jam 9.45 pagi menyusuri laluan pendakian ke Bukit Fraser. Bagi Ahli-ahli yang baru sahaja menyertai EOCM, mereka tidak melepaskan peluang menguji keupayaan jentera MPV Pertama buatan Malaysia mendaki Bukit Fraser ini.  Hanya senyuman yang terukir serta kepuasan hati yang jelas ketara bagi pemilik Proton Exora yang dengan sendiri membuktikan bahawa Exora mereka tidak memberikan sebarang masalah dalam pendakian seperti yang diwarwarkan oleh sesetengah pihak.

DSC 0291 - Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition

Kata-kata aluan telah diberikan oleh Naib Presiden EOCM serta ucapan tahniah kepada peserta yang hadir pada majlis kali ini. Sambutan akhir tahun (YEG) yang ke 3 pun telah di khabarkan kepada mereka yang hadir. Selesai ucapan, acara menjamah juadah raya yang dibawakan khas oleh semua peserta kali ini. Melalui tradisi Port Luck, semua peserta dapat bertukar juadah masing-masing, Insyallah akan dimurahkan rezeki masing-masing.

DSC 0323 - Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition

Acara pertandingan mewarna, menganyam ketupat juga diselitkan bagi memeriahkan lagi majlis kali ini. Ini juga turut diselangi dengan acara karaoke yang banyak disumbangkan oleh peserta-peserta yang berkemahiran. Selain dari itu acara penukaran hadiah antara ahli-ahli dan acara kemuncak iaitu Lucky draw yang merupakan hamper sumbangan dari AJK EOCM sangat dinantikan. Senyuman tak terkira terukir ketika menerima hadiah yang disampaikan.

img6798jpg1 - Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition
mza8527 - Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition
DSC 0341 - Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition

Acara tamat sekitar jam 3.30 petang yang menyaksikan acara fotografi beramai-ramai dihadapan menara jam Bukit Fraser. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi semua Ahli-ahli EOCM yang menyertai Majlis kali ini. Keseronokkan berkonvoi juga menjadi agenda terakhir bagi semua ahli yang memandu pulang pada petang tersebut. Mereka berkonvoi menuruni Bukit Fraser dan berpisah apabila memasuki lebuh raya ke destinasi masing-masing.

mza8586 - Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition
harianmetroselasa27sept - Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition

Konvoi seterusnya YEG 3 ke Desaru Johor 3-4 Disember 2011 jangan lepaskan peluang anda kali ini..!! Daftar Sekarang!!

Gambar kenangan boleh layari : /forum/index.php?topic=7241.0