Rekod EOCM – TT paling lama!

Di kesempatan cuti sekolah serta sambutan ambang tahun baru, dengan meriahnya rakan-rakan Exorians telah menjayakan satu rekod TT yang paling lama. TT yang mengambil masa selama 2 Tahun ini telah diadakan dibeberapa tempat diseluruh Malaysia. Dihadiri oleh rakan-rakan Exorians bersama-sama ahli keluarga masing-masing. TT tidak terhad kepada makan dan minum malah terdapat acara-acara sampingan seperti bergotong-r0yong memasak Bubur Asyura, meyediakan hidangan BBQ seperti gaya Master Chef Malaysia yang telah di beri tugasan luar untuk menjamu selera 250 orang tetamu malah acara beradu tenaga bersama raja buah@ Durian juga turut berlaku. Acara TT ini juga diserikan lagi dengan kelunakkan suara dari rakan-rakan Exorians yang sudi bermadah lagu dengan lagu-lagu pilihan mereka. Kemuncaknya diantara 2 tahun tersebut ia diserikan lagi dengan percikan bunga api menandakan bahawa ia telah memasukki tahun yang berikutnya.

Tahniah kepada semua Exorians yang menjayakan TT ini tak kira aktiviti apa yang anda telah lakukan tetapi yang paling utama kita dapat merapatkan lagi tali siratulrahim malah menyatukan ukwah! Insyallah kita bertemu dilain aktiviti! semoga EOCM terus maju kehadapan!

Exora Owners Club Malaysia dimana² !!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>