
Meh kita ke Selatan pula! EOCM Dimana-mana!!
Dengan segala hormatnya diumumkan bahawa satu Mega TT anjuran CR bakal diadakan di Tanjung Harapan @ Tanjung Gila Port Klang!. Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi TT ini.
Tarikh: 19 November 2011 (Sabtu)
Masa: 4.00Pm
Lokasi: Tanjung Harapan Port Klang
Sila rujuk forum untuk info lain.
Terima kasih dan selamat ber TT!
November 11 – Central Reigion Krabat GLR Ganazzz & Paexoc
Tarikh: 11.11.11 Jumaat
Mula Berkumpul: 8.30 mlm
Masa Kemuncak: 11.11 PM
Lokasi: Restoran Sri Pattani Seafood ( Saujana Utama )
Kordinat GPS : –
PAPAGO – N 3 12′ 48.89″ E 101 29′ 50.01″
NOKIA – SAMA DIATAS
GARMIN – N 3 12′ 829″ E 101 29′ 783″
November 11 – Central Reigion Warikh & VIP
Tarikh: 11.11.11 Jumaat
Mula Berkumpul: 9.11 mlm
Masa Kemuncak: 11.11 PM
Lokasi: Dataran Nilai N9
November 11 – Northern Reigion
Tarikh: 11.11.11 Jumaat
Mula Berkumpul: 9.11 mlm
Masa Kemuncak: 11.11 mlm
Lokasi: R&R Bagan Ajam
November 11 – Eastern Reigion Tgk Crew
Tarikh: 11.11.11
Hari: Jumaat mlm Sabtu
Mula Berkumpul: 9.11 mlm
Masa Kemuncak: 11.11 mlm
Lokasi: Pulau Warisan (Belakang Kg.Cina)
November 11 – Eastern Reigion Pahang Crew
Tarikh: 11.11.11
Hari: Jumaat mlm Sabtu
Mula Berkumpul: 10.30 mlm
Masa Kemuncak: 11.11 mlm
Lokasi: Dataran Mahkota
November 11 – Southern Reigion
Tarikh: 11.11.11 Jumaat
Mula Berkumpul: 8.30 mlm pekena Sup Tulang Korban dulu kat Setia tropika
Masa Kemuncak: 11.11 mlm
Lokasi: Danga Bay
Moh kita kumpul ramai2 lagi ramai lagi baguss… bawok semua anok bini adik kakak pokcik mokcik.. dan tak lupa gak rakan2 baru kita.. promote terus.. takde no takpe janji datang memeriahkan lagi acara nih.. Insyallah penghargaan akan diberikan pada semua exorian yang hadir.. tunggu..
EOCM Dimana-mana!
LONDON: Kecemerlangan kereta Exora Range-Extender Electric Vehicle (REEV) sebagai kereta “terbaik keseluruhan REEV” dengan satu lagi keluaran kenderaan automotif berkelas dunia di Cabaran Kereta Masa Depan London, Brighton 2011, menjadi bukti standard dan keupayaan PROTON di dalam bidang itu.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kejayaan yang mengejutkan selepas REEV Exora diumumkan sebagai Kenderaan E-Rev Terbaik pada tahun lalu tidak melekakan PROTON untuk mencapai kejayaan pada tahun ini.
Pada 5 November, REEV Exora diumumkan sebagai pemenang bersama dengan Toyota Prius 2012 hibrid plug-in petrol sebagai Kenderaan Extender Range/Hibrid Plug-in Keseluruhan Terbaik dan Kereta Prototaip Pelbagai Guna Paling Efisien Tenaga pada majlis makan malam penyampaian anugerah itu.
Cabaran kereta masa depan itu dihoskan oleh Kelab Automobil Diraya Britain (RAC).
“Kejayaan sekali lagi tahun ini REEV Exora dan ditambah penerimaan dua lagi anugerah adalah kejayaan cemerlang sebenar PROTON,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau sangat bangga dengan kemunculan sulung Persona Elegance REEV di depan orang ramai di pertandingan itu, juga sebagai satu keupayaan PROTON memasang kenderaan berteknologi hijau tanpa bantuan yang biasa dihulurkan oleh rakan teknikal, Frazer-Nash Research Limited.
“Ia melambangkan keberkesanan pemindahan teknologi kepada jurutera kami sebagai salah satu manfaat kerjasama strategik itu.”
Syed Zainal turut berterima kasih kepada pasukan jurutera dan pemandu PROTON dan Frazer-Nash terhadap komitmen dan dedikasi mereka di dalam pembangunan kenderaan Teknologi Hijau PROTON.
“Saya percaya mereka bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini dan mereka berhak mendapat pengiktirafan itu. Mereka berjaya membuat PROTON dan rakyat Malaysia merasa bangga.”
“Kami merasa rendah diri terhadap kejayaan ini,” katanya.
Beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap sokongan dan kepercayaan di dalam Program Ujian Kumpulan Kenderaan Yang Banyak sekali gus membantu perkembangan PROTON di dalam bidang ini.
Hasil kejayaan itu, PROTON akan menjadi lebih berazam di dalam komitmennya untuk menjadi lebih baik dan di dalam usahanya untuk terus relevan pada lanskap industri automotif global yang sentiasa berubah-ubah, katanya.
Sumber: Bernama
Pada 30 Oktober 2011 telah di adakan Kejohanan Futsal EOCM CR , bertempat di Ferro Futsal Subang. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Presiden EOCM Saudara Andalas. Beliau telah melakukan sepakan Penalti sebagai simbolik perasmian Kejohanan. Ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran ahli-ahli keluarga yang turut bersama-sama memberi sokongan kepada pemain.
Related: GEER 2011 – Kuala Terengganu
Kejohanan Futsal ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kategori Dewasa, Kategori Harmonik yang berusia 12-17 tahun, dan Kategori Harmonik Jr berusia 6-11 tahun. Bagi kategori dewasa terdapat 6 pasukan yg bertanding setiap pasukan seramai 6 org pemain d bahagikan kepada 2 kumpulan dan d mainkan secara liga,setiap kumpulan d wakili 3 pasukan.
Memandangkan EOCM adalah kelab berkeluarga, pada kali ni 2 kategori baru telah diwujukkan iaitu Kategori Harmonik yang dibahagikan kepada 2 pasukan. Begitu juga dengan Kategori Harmonik Jr sambutan yang di terima cukup meriah.Suasana di hari pertandingan cukup gamat sekali dengan sorakan semangat oleh semua ahli keluarga yang bertanding.
Tidak ketinggalan juga acara selingan iaitu perlawanan antara Moksu-Moksu(Kaum Isteri) yang telah menggamatkan lagi suasana. Sorakkan yang diberikan kali ini dari pemain-pemain yang sedang bersedian untuk acara perlawanan Akhir bagi kategori Dewasa.
Tahniah kepada Juara dan semua bukan Juara!
Photos by: Omarisa
Taiping, 29 Oktober 2011 – Exora Owner Club Malaysia (EOCM), cawangan wilayah utara telah melakarkan satu lagi sejarah apabila berjaya mengumpulkan 40 buah exora dalam satu program perhimpunan ahli tahunan yang diberi nama TTNR v3.
Alhamdulillah, dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh semua ahli, program ini telah berjalan dengan lancarnya. Ketenangan air tasik di Taman Tasik Taiping telah dikocak dek deruman enjin Exora seawal pukul 10.00 pagi.
Exorianz Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkonvoi dari kediaman masing-masing seterusnya berkumpul di Taman Tasik Taiping bagi memulakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap ahli iaitu berkonvoi. Konvoi atau perarakan bermula dari Taman Tasik Taiping ke Dewan Rakan Muda Kemunting, Taiping. Terima kasih juga diucapkan kepada Sani dan ZIzie dari wilayah tengah yang sudi datang memeriahkan majlis.
Konvoi diiringi oleh 2 orang anggota trafik dan di bantu oleh 6 orang marshall yang dilantik dari ahli EOCM sendiri. Ketua Marshall dari EOCM kali ini adalah saudara Zam_png. Flag-off untuk konvoi adalah di hadapan hotel Flemington seterusnya mengelilingi Pekan taiping yang penuh bersejarah dan berakhir di Dewan Rakan Muda Kemunting. Sepanjang perjalanan konvoi ramai yang terpesona dengan kenderaan Exora dengan memberikan riak wajah yang mengagumkan. Jarak perjalanan konvoi adalah lebih kurang 5KM. Alhamdullilah konvoi kali ini berjalan dengan lancar dan sangat mengujakan.
Rombongan konvoi tiba di destinasi lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan semua peserta di dalam dewan. Upacara dimulakan dengan ucapan penuh amanat dari Ketua Region, Cip Pulangkani. Kumudian disusuli dengan ucapan berseloroh dari Ketua Negeri Kedah, Cip Cikgu Bob. Akhir sekali Ketua Negeri Pulau Pinang, Cip Art, memberikan ucapan yang ringkas,padat dan penuh bermakna.
Seterusnya Uztaz jemputan, saudara Sofian memulakan bacaan doa sebelum semua peserta menjamu selera. Sambil menjamu selera sifu GPS untuk wilayah utara, Sham_png membuka boot bagi ahli-ahli yang mahu menggodek GPS masing-masing. Seperti biasa majlis diakhiri sessi bergambar beramai-ramai.
Lebih kurang pukul 2.00 petang semua Exorians bersurai dan kembali ke destinasi masing-masing. Khabarnya ramai jugak yang meneruskan konvoi ke Mi Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Untuk makluman semua, saudara Idris yang turut serta dalam TT kali ini adalah anak kepada pemilik Mi Udang Mak Jah. Selesai menjamu selera di Mi Udang Mak Jah ramai yang bergerak pulang ke rumah, namum masih ada juga exorians yang mengakhiri keseronokan pada haru itu dengan melawat Zoo Taiping. Mungkin kerana bagi memenuhi tuntutan anak-anak dan famili masing-masing.
Acara tahunan yang meriah ini berakhir dengan penuh bersejarah dan memberi kesan tersendiri pada setiap ahli. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
untuk gambar-gambar sensasi sila klik https://protonexora.com.my/forum/index.php?topic=7615.0