Aidilfitri EOCM NR @ Pantai Merdeka

Perjumpaan untuk kali kedua dalam sejarah EOCM Northern Region meraikan Aidilfitri diteruskan sekali lagi selepas kejayaan Aidilfitri Pantai Robina tahun 2009.Untuk perjumpaan kali ini,sebanyak 27 Exora berjaya dikumpulkan bersama dengan penyertaan yang datang dari Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Perak.Diserikan dengan acara yang memang ditunggu oleh semua Exorian iaitu sesi fotografi Exora peserta.

02

01

Dan juga acara sukaneka untuk anak-anak peserta yang diatur oleh pihak penganjur iaitu Saudara Nuarque,G-One dan Nuarpng telah menghangatkan lagi aktiviti pada hari tersebut.Tradisi jamuan yang berupa ‘pot luck’ oleh Exorian semua,menjadikan hubungan sesama Exorian bertambah erat seperti satu keluarga yang mana tidak kira umur dan pangkat turut serta bersama.

Untuk aktiviti akan datang yang telah diputuskan semasa Perjumpaan Aidilfitri NR 2010,satu konvoi menyeberangi sempadan Malaysia Thailand akan diadakan pada penghujung bulan November 2010 yang mana kali ini adalah sambungan daripada Konvoi Pakbara pada February lepas.Konvoi ini lebih berkonsepkan amal jariah yang mana satu sesi menyampaikan derma akan diatur oleh pihak penganjur.Nantikan info selanjutnya tidak lama lagi.

2 thoughts on “Aidilfitri EOCM NR @ Pantai Merdeka

  1. hai untuk smue yg ade dlm ni ..
    1) saya memang sangat berminat dengan Exora , skrg dlm proses untuk beli Exora -line punye.. so far , ramai yang dah pakai .. ape pendapat korang tentang kereta ni .. maklumlah enjin 1.6 , ramai yang akan membuat andaian bahawa kereta ni lembab la , tak mampu naik bukit tinggi la..
    2) dalam area shah alam di mana nak dapatkan eksesori Exora yang best2 ??? skirting , spoiler …
    3)saya nak jadi ahli Exora Club , jadi macam mana ya??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>