Taiping, 29 Oktober 2011 – Exora Owner Club Malaysia (EOCM), cawangan wilayah utara telah melakarkan satu lagi sejarah apabila berjaya mengumpulkan 40 buah exora dalam satu program perhimpunan ahli tahunan yang diberi nama TTNR v3.
Alhamdulillah, dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh semua ahli, program ini telah berjalan dengan lancarnya. Ketenangan air tasik di Taman Tasik Taiping telah dikocak dek deruman enjin Exora seawal pukul 10.00 pagi.
Exorianz Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkonvoi dari kediaman masing-masing seterusnya berkumpul di Taman Tasik Taiping bagi memulakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap ahli iaitu berkonvoi. Konvoi atau perarakan bermula dari Taman Tasik Taiping ke Dewan Rakan Muda Kemunting, Taiping. Terima kasih juga diucapkan kepada Sani dan ZIzie dari wilayah tengah yang sudi datang memeriahkan majlis.
Konvoi diiringi oleh 2 orang anggota trafik dan di bantu oleh 6 orang marshall yang dilantik dari ahli EOCM sendiri. Ketua Marshall dari EOCM kali ini adalah saudara Zam_png. Flag-off untuk konvoi adalah di hadapan hotel Flemington seterusnya mengelilingi Pekan taiping yang penuh bersejarah dan berakhir di Dewan Rakan Muda Kemunting. Sepanjang perjalanan konvoi ramai yang terpesona dengan kenderaan Exora dengan memberikan riak wajah yang mengagumkan. Jarak perjalanan konvoi adalah lebih kurang 5KM. Alhamdullilah konvoi kali ini berjalan dengan lancar dan sangat mengujakan.
Rombongan konvoi tiba di destinasi lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan semua peserta di dalam dewan. Upacara dimulakan dengan ucapan penuh amanat dari Ketua Region, Cip Pulangkani. Kumudian disusuli dengan ucapan berseloroh dari Ketua Negeri Kedah, Cip Cikgu Bob. Akhir sekali Ketua Negeri Pulau Pinang, Cip Art, memberikan ucapan yang ringkas,padat dan penuh bermakna.
Seterusnya Uztaz jemputan, saudara Sofian memulakan bacaan doa sebelum semua peserta menjamu selera. Sambil menjamu selera sifu GPS untuk wilayah utara, Sham_png membuka boot bagi ahli-ahli yang mahu menggodek GPS masing-masing. Seperti biasa majlis diakhiri sessi bergambar beramai-ramai.
Lebih kurang pukul 2.00 petang semua Exorians bersurai dan kembali ke destinasi masing-masing. Khabarnya ramai jugak yang meneruskan konvoi ke Mi Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Untuk makluman semua, saudara Idris yang turut serta dalam TT kali ini adalah anak kepada pemilik Mi Udang Mak Jah. Selesai menjamu selera di Mi Udang Mak Jah ramai yang bergerak pulang ke rumah, namum masih ada juga exorians yang mengakhiri keseronokan pada haru itu dengan melawat Zoo Taiping. Mungkin kerana bagi memenuhi tuntutan anak-anak dan famili masing-masing.
Acara tahunan yang meriah ini berakhir dengan penuh bersejarah dan memberi kesan tersendiri pada setiap ahli. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
untuk gambar-gambar sensasi sila klik /forum/index.php?topic=7615.0