Blog

  • Mega TT CR @ Tanjung Harapan, Port Klang

    Mega TT CR @ Tanjung Harapan, Port Klang

    Tanjung_Harapan_11

    Dengan segala hormatnya diumumkan bahawa satu Mega TT anjuran CR bakal diadakan di Tanjung Harapan @ Tanjung Gila Port Klang!. Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi TT ini.

    Tarikh: 19 November 2011 (Sabtu)

    Masa:  4.00Pm

    Lokasi: Tanjung Harapan Port Klang

    Sila rujuk forum untuk info lain.

    Terima kasih dan selamat ber TT!

  • TT November 11

    TT November 11

    11-11-11_m

    November 11 – Central Reigion Krabat GLR Ganazzz & Paexoc

    Tarikh: 11.11.11 Jumaat

    Mula Berkumpul: 8.30 mlm

    Masa Kemuncak: 11.11 PM

    Lokasi: Restoran Sri Pattani Seafood ( Saujana Utama )

    Kordinat GPS : –

    PAPAGO – N 3 12′ 48.89″ E 101 29′ 50.01″
    NOKIA – SAMA DIATAS
    GARMIN – N 3 12′ 829″ E 101 29′ 783″

    November 11 – Central Reigion Warikh & VIP

    Tarikh: 11.11.11 Jumaat

    Mula Berkumpul: 9.11 mlm

    Masa Kemuncak: 11.11 PM

    Lokasi: Dataran Nilai N9

    November 11 – Northern Reigion

    Tarikh: 11.11.11 Jumaat

    Mula Berkumpul: 9.11 mlm

    Masa Kemuncak: 11.11 mlm

    Lokasi: R&R Bagan Ajam

    November 11 – Eastern Reigion Tgk Crew

    Tarikh: 11.11.11

    Hari: Jumaat mlm Sabtu

    Mula Berkumpul: 9.11 mlm

    Masa Kemuncak: 11.11 mlm

    Lokasi: Pulau Warisan (Belakang Kg.Cina)

    November 11 – Eastern Reigion Pahang Crew

    Tarikh: 11.11.11

    Hari: Jumaat mlm Sabtu

    Mula Berkumpul: 10.30 mlm

    Masa Kemuncak: 11.11 mlm

    Lokasi: Dataran Mahkota

    November 11 – Southern Reigion

    Tarikh: 11.11.11 Jumaat

    Mula Berkumpul: 8.30 mlm pekena Sup Tulang Korban dulu kat Setia tropika

    Masa Kemuncak: 11.11 mlm

    Lokasi: Danga Bay

    Moh kita kumpul ramai2 lagi ramai lagi baguss… bawok semua anok bini adik kakak pokcik mokcik.. dan tak lupa gak rakan2 baru kita.. promote terus.. takde no takpe janji datang memeriahkan lagi acara nih.. Insyallah penghargaan akan diberikan pada semua exorian yang hadir.. tunggu..

    EOCM Dimana-mana!

  • Exora REEV Bukti Kecemerlangan Proton

    Exora REEV Bukti Kecemerlangan Proton

    300795_183271918425162_156076474478040_389751_37883387_n

    LONDON: Kecemerlangan kereta Exora Range-Extender Electric Vehicle (REEV) sebagai kereta “terbaik keseluruhan REEV” dengan satu lagi keluaran kenderaan automotif berkelas dunia di Cabaran Kereta Masa Depan London, Brighton 2011, menjadi bukti standard dan keupayaan PROTON di dalam bidang itu.

    Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kejayaan yang mengejutkan selepas REEV Exora diumumkan sebagai Kenderaan E-Rev Terbaik pada tahun lalu tidak melekakan PROTON untuk mencapai kejayaan pada tahun ini.

    Pada 5 November, REEV Exora diumumkan sebagai pemenang bersama dengan Toyota Prius 2012 hibrid plug-in petrol sebagai Kenderaan Extender Range/Hibrid Plug-in Keseluruhan Terbaik dan Kereta Prototaip Pelbagai Guna Paling Efisien Tenaga pada majlis makan malam penyampaian anugerah itu.
    Cabaran kereta masa depan itu dihoskan oleh Kelab Automobil Diraya Britain (RAC).

    “Kejayaan sekali lagi tahun ini REEV Exora dan ditambah penerimaan dua lagi anugerah adalah kejayaan cemerlang sebenar PROTON,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau sangat bangga dengan kemunculan sulung Persona Elegance REEV di depan orang ramai di pertandingan itu, juga sebagai satu keupayaan PROTON memasang kenderaan berteknologi hijau tanpa bantuan yang biasa dihulurkan oleh rakan teknikal, Frazer-Nash Research Limited.

    “Ia melambangkan keberkesanan pemindahan teknologi kepada jurutera kami sebagai salah satu manfaat kerjasama strategik itu.”
    Syed Zainal turut berterima kasih kepada pasukan jurutera dan pemandu PROTON dan Frazer-Nash terhadap komitmen dan dedikasi mereka di dalam pembangunan kenderaan Teknologi Hijau PROTON.

    “Saya percaya mereka bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini dan mereka berhak mendapat pengiktirafan itu. Mereka berjaya membuat PROTON dan rakyat Malaysia merasa bangga.”

    “Kami merasa rendah diri terhadap kejayaan ini,” katanya.

    Beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap sokongan dan kepercayaan di dalam Program Ujian Kumpulan Kenderaan Yang Banyak sekali gus membantu perkembangan PROTON di dalam bidang ini.

    Hasil kejayaan itu, PROTON akan menjadi lebih berazam di dalam komitmennya untuk menjadi lebih baik dan di dalam usahanya untuk terus relevan pada lanskap industri automotif global yang sentiasa berubah-ubah, katanya.

    Sumber: Bernama

  • EOCM Futsal 2011

    EOCM Futsal 2011

    314646_302148736464369_100000077340703_1336542_138080984_n

    Pada 30 Oktober 2011 telah di adakan Kejohanan Futsal EOCM CR , bertempat di Ferro Futsal Subang. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Presiden EOCM Saudara Andalas. Beliau telah melakukan sepakan Penalti sebagai simbolik perasmian Kejohanan. Ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran ahli-ahli keluarga yang turut bersama-sama memberi sokongan kepada pemain.

    Related: GEER 2011 – Kuala Terengganu

    Kejohanan Futsal ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kategori Dewasa, Kategori Harmonik yang berusia 12-17 tahun, dan Kategori Harmonik Jr berusia 6-11 tahun. Bagi kategori dewasa terdapat 6 pasukan yg bertanding setiap pasukan seramai 6 org pemain d bahagikan kepada 2 kumpulan dan d mainkan secara liga,setiap kumpulan d wakili 3 pasukan.

    Memandangkan EOCM adalah kelab berkeluarga, pada kali ni 2 kategori baru telah diwujukkan iaitu Kategori Harmonik yang dibahagikan kepada 2 pasukan. Begitu juga dengan Kategori Harmonik Jr sambutan yang di terima cukup meriah.Suasana di hari pertandingan cukup gamat sekali dengan sorakan semangat oleh semua ahli keluarga yang bertanding.

    Tidak ketinggalan juga acara selingan iaitu perlawanan antara Moksu-Moksu(Kaum Isteri) yang telah menggamatkan lagi suasana. Sorakkan yang diberikan kali ini dari pemain-pemain yang sedang bersedian untuk acara perlawanan Akhir bagi kategori Dewasa.

    Tahniah kepada Juara dan semua bukan Juara!

    Photos by: Omarisa

  • TT NR v3 – From Taiping With Love

    TT NR v3 – From Taiping With Love

    img7152t

    Taiping, 29 Oktober 2011 – Exora Owner Club Malaysia (EOCM), cawangan wilayah utara telah melakarkan satu lagi sejarah apabila berjaya mengumpulkan 40 buah exora dalam satu program perhimpunan ahli tahunan yang diberi nama TTNR v3.

    Alhamdulillah, dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh semua ahli, program ini telah berjalan dengan lancarnya. Ketenangan air tasik di Taman Tasik Taiping telah dikocak dek deruman enjin Exora seawal pukul 10.00 pagi.

    Exorianz Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkonvoi dari kediaman masing-masing seterusnya berkumpul di Taman Tasik Taiping bagi memulakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap ahli iaitu berkonvoi.  Konvoi atau perarakan bermula dari Taman Tasik Taiping ke Dewan Rakan Muda Kemunting, Taiping. Terima kasih juga diucapkan kepada Sani dan ZIzie dari wilayah tengah yang sudi datang memeriahkan majlis.

    Konvoi diiringi oleh 2 orang anggota trafik dan di bantu oleh 6 orang marshall yang dilantik dari ahli EOCM sendiri. Ketua Marshall dari EOCM kali ini adalah saudara Zam_png. Flag-off untuk konvoi adalah di hadapan hotel Flemington seterusnya mengelilingi Pekan taiping yang penuh bersejarah dan berakhir di Dewan Rakan Muda Kemunting. Sepanjang perjalanan konvoi ramai yang terpesona dengan kenderaan Exora dengan memberikan riak wajah yang mengagumkan. Jarak perjalanan konvoi adalah lebih kurang 5KM. Alhamdullilah konvoi kali ini berjalan dengan lancar dan sangat mengujakan.

    Rombongan konvoi tiba di destinasi lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan semua peserta di dalam dewan. Upacara dimulakan dengan ucapan penuh amanat dari Ketua Region, Cip Pulangkani. Kumudian disusuli dengan ucapan berseloroh dari Ketua Negeri Kedah, Cip Cikgu Bob. Akhir sekali Ketua Negeri Pulau Pinang, Cip Art, memberikan ucapan yang ringkas,padat dan penuh bermakna.

    Seterusnya Uztaz jemputan, saudara Sofian memulakan bacaan doa sebelum semua peserta menjamu selera. Sambil menjamu selera sifu GPS untuk wilayah utara, Sham_png membuka boot bagi ahli-ahli yang mahu menggodek GPS masing-masing. Seperti biasa majlis diakhiri sessi bergambar beramai-ramai.

    Lebih kurang pukul 2.00 petang semua Exorians bersurai dan kembali ke destinasi masing-masing. Khabarnya ramai jugak yang meneruskan konvoi ke Mi Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Untuk makluman semua, saudara Idris yang turut serta dalam TT kali ini adalah anak kepada pemilik Mi Udang Mak Jah. Selesai menjamu selera di Mi Udang Mak Jah ramai yang bergerak pulang ke rumah, namum masih ada juga exorians yang mengakhiri keseronokan pada haru itu dengan melawat Zoo Taiping. Mungkin kerana bagi memenuhi tuntutan anak-anak dan famili masing-masing.

    Acara tahunan yang meriah ini berakhir dengan penuh bersejarah dan memberi kesan tersendiri pada setiap ahli. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.

    img7146h

    untuk gambar-gambar sensasi sila klik /forum/index.php?topic=7615.0

  • Majlis Mesra Aidilfitri Proton 2011

    Majlis Mesra Aidilfitri Proton 2011

    proton raya 2011

    Recently, the EOCM committees were invited to Majlis Mesra Aidilfitri Proton 2011, held in Convention Centre, KLCC.  It was a memorable event, especially on the small chat with Proton MD Datuk Seri Syed Zainal Abidin. Datuk has shared few information about Proton Exora progress, including the Indonesian market.

    Other attactions during the event are of course the delicious foods and entertainment, led by Afdlin Shauki as the MC. We really enjoyed the event & would like to express our deepest thanks to Proton for inviting us. Thumbs up Proton!

    proton raya open house 2011
    proton raya open house 2011
  • Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition

    Raya Gathering 2011 – Merdeka Raya Edition

    025convoi

    24 September 2011, Sejumlah 80 Buah Proton Exora dari seluruh Semenanjung Malaysia telah dikumpul bagi merealisasikan Majlis Sambutan Merdeka Raya EOCM 2011. Sambutan kali ini bertempat di Dewan Fraser, Bukit Fraser Pahang yang terletak 1280 meter dari aras laut. Dewan ini juga telah digunakan untuk tujuan yang sama pada tahun lepas namun pada kali ini terdapat peningkatan jumlah peserta yang terdiri daripada kaum keluarga dan sahabat handai yang tidak melepaskan peluang untuk bersama menjamu selera dan menghirup udara yang nyaman di Bukit Fraser ini.

    Dengan kedinginan suhu antara 17 – 24 celcius, semua peserta yang hadir dengan bangga berbaju melayu lengkap bersongket dan bersongkok pada kaum lelaki manakala baju kurung dan kebaya menjadi pilihan bagi kaum wanita. Sesuai dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke 54, Hari Malaysia ke 48 dan Hari Raya Aidilfitri 1432 H yang disambut serentak pada tahun ini.

    Acara bermula di kaki Bukit Fraser dimana kesemua peserta yang terdiri dari Ahli – ahli Kelab Pemilik Proton Exora Malaysia (EOCM) berkumpul di Dataran Kuala Kubu Baru untuk sesi pendaftaran dan penerimaan cendera hati.  Selain taklimat ringkas dari Marshall, bacaan doa tidak dilupakan bagi memohon restu supaya perjalanan pegi dan pulang dalam keadaan yang selamat. Konvoi mula bergerak sekitar jam 9.45 pagi menyusuri laluan pendakian ke Bukit Fraser. Bagi Ahli-ahli yang baru sahaja menyertai EOCM, mereka tidak melepaskan peluang menguji keupayaan jentera MPV Pertama buatan Malaysia mendaki Bukit Fraser ini.  Hanya senyuman yang terukir serta kepuasan hati yang jelas ketara bagi pemilik Proton Exora yang dengan sendiri membuktikan bahawa Exora mereka tidak memberikan sebarang masalah dalam pendakian seperti yang diwarwarkan oleh sesetengah pihak.

    Kata-kata aluan telah diberikan oleh Naib Presiden EOCM serta ucapan tahniah kepada peserta yang hadir pada majlis kali ini. Sambutan akhir tahun (YEG) yang ke 3 pun telah di khabarkan kepada mereka yang hadir. Selesai ucapan, acara menjamah juadah raya yang dibawakan khas oleh semua peserta kali ini. Melalui tradisi Port Luck, semua peserta dapat bertukar juadah masing-masing, Insyallah akan dimurahkan rezeki masing-masing.

    Acara pertandingan mewarna, menganyam ketupat juga diselitkan bagi memeriahkan lagi majlis kali ini. Ini juga turut diselangi dengan acara karaoke yang banyak disumbangkan oleh peserta-peserta yang berkemahiran. Selain dari itu acara penukaran hadiah antara ahli-ahli dan acara kemuncak iaitu Lucky draw yang merupakan hamper sumbangan dari AJK EOCM sangat dinantikan. Senyuman tak terkira terukir ketika menerima hadiah yang disampaikan.

    img6798jpg1
    mza8527

    Acara tamat sekitar jam 3.30 petang yang menyaksikan acara fotografi beramai-ramai dihadapan menara jam Bukit Fraser. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi semua Ahli-ahli EOCM yang menyertai Majlis kali ini. Keseronokkan berkonvoi juga menjadi agenda terakhir bagi semua ahli yang memandu pulang pada petang tersebut. Mereka berkonvoi menuruni Bukit Fraser dan berpisah apabila memasuki lebuh raya ke destinasi masing-masing.

    mza8586
    harianmetroselasa27sept

    Konvoi seterusnya YEG 3 ke Desaru Johor 3-4 Disember 2011 jangan lepaskan peluang anda kali ini..!! Daftar Sekarang!!

    Gambar kenangan boleh layari : /forum/index.php?topic=7241.0

  • GEER 2011 – Kuala Terengganu

    GEER 2011 – Kuala Terengganu

    DSC_0270

    Kuala Terengganu 17 Sept– Negeri penyu menangis telah menyaksikan satu sejarah perhimpunan kelab kereta iaitu Exora Owners Club Malaysia(EOCM) cawangan wilayah timur menganjurkan satu perhimpunan terbesar pemilik-pemilik exora pantai timur untuk julung kalinya yang mana Terengganu telah dipilih menjadi tuan rumah menganjurkan Gathering Exorianz Eastern Region atau GEER 2011.

    Idea menganjurkan GEER 2011 dipelopori bersama En.Hizam Mustafa (Alongkuantan) sebagai Ketua EOCM Wilayah Timur dan En.Kadir Kadiri (KK) iaitu Ketua Negeri Terengganu yang mana telah berlangsung tempuh beberapa bulan untuk mencari satu tarikh yang sesuai.Difahamkan En.Kadir Kadiri pada masa itu belum lagi memegang jawatan Ketua Negeri Terengganu dimana cadangan mengadakan perhimpunan tersebut datang dari En.Kadir Kadiri sendiri dan dipersetujui oleh Ketua Wilayah Timur En.Hizam Mustafa.

    Setelah beberapa siri perbincangan antara mereka dari segi pemilihan tarikh dan sebagainya,akhirnya 16 hingga 17 Sept 2011 iaitu sempena cuti hari Malaysia yang ke 54 telah dipilih dan ditetapkan.Pada mesyuarat untuk pertamakalinya yang dihadiri ajk yang dilantik,perubahan tarikh dan jadual diubah kepada hanya satu hari sahaja bagi pengurangan kos dan masa.

    Walaupun pada peringkat permulaan menghadapi kesukaran dari kos penganjuran, ajk dan kemudian ditukarkan kepada CREW GEER 2011 dengan daya usaha bersama, En.Kadir Kadiri berusaha mencari beberapa pihak yang sudi menaja GEER 2011.

    Akhirnya pengurusan Indahsari Otomobil Sdn.Bhd melalui pengurusnya En.Hamzah, sudi memberi sumbangan penajaan dari segi penggunaan premis mereka,jamuan Raya Perdana,hadiah-hadiah sumbangan dan sumbangan untuk anak-anak yatim Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi.Anak-anak yatim tersebut juga mendapat sumbangan 5 buah basikal hasil dari derma dan jualan no.siri sticker yang dicetus idea oleh En.Kadir Kadiri


    Tanggal 17 Sept 2011,akhirnya GEER 2011 telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya dan dihadiri sebanyak lebih kurang 50 buah exora peserta-peserta yang terdiri dari wilayah timur dan wilayah tengah.Sepertimana yang dirancangkan,pendaftaran peserta-peserta GEER 2011 telah berlangsung di perkarangan Masjid Terapung,Lagun Kuala Ibai pada jam 10.00 pagi dengan pembahagian barangan cenderahati dan penampalan sticker disamping melekatkan bendera Malaysia dikenderaan masing-masing.


    Sesi pengenalan Crew GEER 2011 dan taklimat berkonvoi oleh pasukan polis trafik Kuala Terengganu telah diadakan untuk menerangkan tatacara dan disiplin berkonvoi.Seramai 28 anak-anak yatim bersama penjaga  yang didatangkan dengan sebuah bas yang disewa khas kemudian dibawa berkonvoi dengan exora peserta-peserta bagi memberi peluang kepada mereka merasai menaiki exora,MPV pertama buatan Malaysia dan seterus berkonvoi mengelilingi bandaraya Kuala Terengganu.

    ex10


    Konvoi yang diiringi pasukan polis trafik tiba dipremis penaja rasmi sekitar jam 1.00.Semua kenderaan peserta-peserta disusun diperkarangan premis penaja di Jalan Kamaruddin.Sementara menunggu acara perasmian dilangsungkan,peserta-peserta dijamu selera dengan pelbagai hidangan dan nyanyian oleh penyanyi undangan.

    exs10


    Acara perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengarah Indahsari Otomobil Sdn.Bhd,Mr.Kenny Teo dan disusuli oleh Pengerusi GEER 2011 merangkap Ketua Negeri Terengganu En.Kadir Kadiri yang membuat ucapan alu-aluan kepada peserta-peserta dan ucapan terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan GEER 2011.En.Hizam Mustafa selaku Ketua Wilayah Timur mengambil giliran menyampai ucapan beliau.

    dscf3011n
    dscf3015q


    Acara seterus adalah penyampaian sumbangan basikal kepada anak-anak yatim kepada wakil oleh En.Hizam Mustafa kemudian penyampaian cenderahati berbentuk plak kepada penaja rasmi oleh Pengerusi GEER 2011 kepada Pengarah Indahsari Otomobil Sdn.Bhd, Mr.Kenny Teo.Kemudian berlangsung beberapa acara yang disusun oleh pihak penaja rasmi beberapa sukaneka,pertandingan exora tercantik,baju melayu tercantik,baju kurung tercantik,baju raya sedondon dan lain-lain lagi acara.Majlis tamat tepat jam 5.00 petang.


    Seterusnya kenderaan peserta-peserta dengan diiringi polis trafik berkonvoi ke Masjid Kristal,Taman Tamadun Islam,Pulau Wan Man untuk acara terakhir yang dijadualkan pada sebelah siangnya.


    Pada sebelah malamnya jam 10.30 malam,satu TT Santai GEER 2011 telah diadakan diPantai Batu Burok yang mana telah dialih tempat yang sebelum dirancangankan di Pulau Warisan dan dihadiri beberapa peserta-peserta GEER 2011.

    *lapuran wartawan lokasi GEER 2011 – Kizz Kazz

    Untuk melihat gambar-gambar,sila lihat di:
    /forum/index.php?topic=7149.0

  • Konvoi EOCM @ Konvokesyen UTM Johor

    Konvoi EOCM @ Konvokesyen UTM Johor

    dsc0853w

    Related: GEER 2011 – Kuala Terengganu


    18 September 2011, 
    Kesinambungan daripada kejayaan menjayakan Konvoi Tautan Ramadhan 2011 , maka Pihak Belia 4B Johor sekali lagi ingin meneruskan kerjasama dengan EOCM melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang iaitu:

    Konvoi EOCM Sempena Konvokesyen UTM
    ============================

    Penganjur : Belia 4B Johor dengan kerjasama UTM & EOCM
    Tarikh : Ahad – 18/9/2011
    Lokasi : UTM Skudai

    berita
    20110918102647
    18092011935
  • EOCM IFTAR 2011

    EOCM IFTAR 2011

    20 Ogos 2011 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1432 H, sekali lagi EOCM telah berjaya menyempurnakan majlis berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga dari CR. Bertempat di CUCMS Cyberjaya telah menempatkan hampir 70 buah exora beserta keluarga dan sahabat handai masing-masing datang bebuka puasa bersama-sama sambil mengeratkan tali siratulrahim pada bulan yang mulia ini. Tak dilupakan juga dengan kehadiran ahli dari bukan islam turut datang memeriahkan lagi majlis.

    Related: GEER 2011 – Kuala Terengganu


    Selain dari berbuka puasa, majlis ini juga bertujuan untuk mengumumkan pembubaran AJK EOCM bagi tahun 2009/2010 dan perlantikan AJK baru 2011/2012 yang bakal menerajui EOCM untuk terus maju kehadapan. Ucapan tahniah sekali lagi kepada bekas president EOCM, En Andalas yang telah diberikan mandat sekali lagi oleh Ahli-ahli EOCM untuk menerajui EOCM kali ini. Tak lupa juga kepada barisan AJK baru yang terdiri dari muka-muka lama dan baru.. Tahniah diucapkan.

    Dengan ini secara rasminya, diumumkan senarai penuh Kepimpinan EOCM utk sessi 2011/2012

    PENASIHAT
    ExoCula @ Fairuz

    EX-OFFICIO
    EOCM 017 – Lan Rambai @ Roslan

    PRESIDEN
    EOCM 494 – Andalas

    TIMBALAN PRESIDEN 1
    EOCM 217 – Noh

    TIMBALAN PRESIDEN 2
    EOCM 021 – Murza@Abah

    SETIAUSAHA 1
    EOCM 480 – n.j.

    SETIAUSAHA 2
    EOCM 544 – Sayuti

    BENDAHARI 1
    EOCM 363 – Raymie

    BENDAHARI 2
    EOCM 568 – Omarisa

    BARISAN AJK

    MARSHALL
    1. EOCM 141 – Shogun
    2. EOCM 470 – Nazaqil

    SUKAN/REKREASI
    1. EOCM 431 – Akujugak
    2. EOCM 143 – Angah

    KEBAJIKAN/OFFLINE
    1. EOCM 111 – Asnor Endin
    2. EOCM 672 – ZulPTJ

    MEDIA/PROMOSI
    1. EOCM 519 – Pekanz
    2. EOCM 666 – Rayman

    TUGAS-TUGAS KHAS/REGION
    1. EOCM 008 – Razal
    2. EOCM 077 – Ari79
    3. EOCM 070 – Bard


    Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu khas, terima kasih pada ahli eocm kita yang dah banyak kali gak ajak member dia nih join TT. Terima kasih kepada Abby Abadi kerana sudi menjamu selera bersama kami.

    Majlis  juga tidak berakhir begitu sahaja, acara kemuncaknya ialah sesi soal jawab berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan didalam forum/FB/TT. Pertemuan kali ini banyak membantu ahli-ahli baru dan lama untuk menyuarakan sebarang persoalan berkaitan kepada AJK Pusat EOCM secara terus menerus. Kebanyakkan persoalan yang diutarakan dapat dijawab dan diterangkan secara menyeluruh dan berdasarkan fakta oleh AJK Pusat.   Terima kasih pada yang hadir dan terima kasih kerana bersama dengan EOCM!

    DSC_0340

    EOCM Dimana² !

    Gambar² sekitar Majlis ini boleh dilayari melalui link dibawah:
    /forum/index.php?topic=6945.0