021 - Aidilfitri EOCM NR @ Pantai Merdeka

Aidilfitri EOCM NR @ Pantai Merdeka

Perjumpaan untuk kali kedua dalam sejarah EOCM Northern Region meraikan Aidilfitri diteruskan sekali lagi selepas kejayaan Aidilfitri Pantai Robina tahun 2009.Untuk perjumpaan kali ini,sebanyak 27 Exora berjaya dikumpulkan bersama dengan penyertaan yang datang dari Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Perak.Diserikan dengan acara yang memang ditunggu oleh semua Exorian iaitu sesi fotografi Exora peserta.

021 - Aidilfitri EOCM NR @ Pantai Merdeka
01 - Aidilfitri EOCM NR @ Pantai Merdeka

Dan juga acara sukaneka untuk anak-anak peserta yang diatur oleh pihak penganjur iaitu Saudara Nuarque,G-One dan Nuarpng telah menghangatkan lagi aktiviti pada hari tersebut.Tradisi jamuan yang berupa ‘pot luck’ oleh Exorian semua,menjadikan hubungan sesama Exorian bertambah erat seperti satu keluarga yang mana tidak kira umur dan pangkat turut serta bersama.

Untuk aktiviti akan datang yang telah diputuskan semasa Perjumpaan Aidilfitri NR 2010,satu konvoi menyeberangi sempadan Malaysia Thailand akan diadakan pada penghujung bulan November 2010 yang mana kali ini adalah sambungan daripada Konvoi Pakbara pada February lepas.Konvoi ini lebih berkonsepkan amal jariah yang mana satu sesi menyampaikan derma akan diatur oleh pihak penganjur.Nantikan info selanjutnya tidak lama lagi.