Proton Exora Club Blog

Sharing All Info About Proton Exora

Archive for the ‘proton exora club’ Category

Exora @ Cinta Sayang ‘09

Posted by Gandhi - Northern Moderator under From our Club Forum/Blog, proton exora club

Pada 11hb December,Cinta Sayang Golf and Country Resorts telah digegarkan dengan kehadiran tidak kurang dari 40 buah Exora yang telah berkonvoi sekitar Sungai Petani sebelum menuju ke destinasi acara Exora @ Cinta Sayang ‘09.Dengan kehadiran krew RTM yang diketuai penerbit En. Idzham membuat liputan sepanjang acara di sini.Peserta terlibat secara langsung dalam aktiviti rakaman RTM yang akan menjadi julung-julung kali penglibatan EOCM di dalam media elektronik.

12

30

22

Penglibatan penaja dari luar seperti dari pihak Cinta Sayang Golf and Country Resorts,Proton,Lee Motor (Alor Setar) Sdn Bhd,Senibina A & A Enterprise dan individu-individu telah menjadikan program ini lebih berjaya.

Acara makan malam diserikan lagi dengan jumlah cabutan bertuah yang menjanjikan setiap Exorian mendapat buah tangan untuk di bawa pulang bersama-sama.

Pada 12hb December,Exorian bergerak menuju ke The Carnivall untuk aktiviti seterusnya.Dan di kesempatan itu rakaman RTM berjalan dengan temuduga secara rambang kepada Exorian,rakaman aktiviti di The Carnivall dan temuduga bersama Presiden dan Pengerusi Penganjur.

13

36

Aktiviti yg bermula dengan telematch untuk anak-anak Exorian dan di sertai juga oleh Exorian sendiri yang dikelola oleh pihak The Carnivall.

Perjumpaan ini telah dirancang pada 31 Oktober 2009 dengan penglibatan dari AJK Central Region yang turut membantu dalam merealisasikan program ini.Dengan kerjasama yang kuat sesama Exorian,acara gemilang ini berjaya dianjurkan selepas kejayaan acara Perhimpunan Raksaksa Hari Raya di Cyberjaya pada 17 Okt lepas.Dan ini merupakan kali ketiga bagi pihak Northern Region berjaya menganjurkan perhimpunan secara rasmi dengan jumlah penyertaan semakin meningkat.Dan pada masa yang sama telah ada ura-ura perjumpaan seterusnya akan dianjurkan di Eastern Region bagi memberi peluang kepada setiap Region untuk menganjurkan aktiviti perjumpaan sebegini.

Terima kasih kepada semua tenaga kerja Northern Region,para peserta dan penaja yang telah bersama-sama menjayakan Exora @ Cinta Sayang ‘09.

Satu majlis perjumpaan Proton dengan Kelab Kereta Proton telah diadakan di COE, Subang Jaya pada 19 November 2009. EOCM tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis tersebut dengan diketuai oleh Saudara Murza dan lapan yang lain. Selain daripada acara utama iaitu Dialog Bersama MD Proton Y. Bhg. Dato’ Syed Zainal, peserta program juga berpeluang menyertai lawatan ke Bahagian R&D Proton. Adalah diharapkan satu perjumpaan khas bersama MD untuk EOCM sahaja akan dapat dilaksanakan tidak lama lagi bagi memberi peluang kepada lebih ramai Exorian bertemu mata dengan pengurusan Proton.

Untuk berita lanjut sila klik sini.

Proton Exora Club

Posted by admin under proton exora club

Attention to all the Proton Exora Owners & to those who plan to own a Proton Exora, do register to the original Proton Exora Owners Club.

Currently, there are 11 members registered under this Proton Exora Owners Club.

proton-exora-club-membership

To be a member, please visit:

Proton Exora Owners Club