Majlis Mesra Aidilfitri Proton 2010

Proton telah menganjurkan satu Majlis Mesra Aidilfitri / Rumah Terbuka Proton pada 6 Oktober 2010, bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Exco EOCM telah dijemput khas untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Seramai 6 orang telah hadir bagi mewakili EOCM ke majlis tersebut, Exocula, Noh (VP2), Fizar Kelana (Setiausaha), Murza (Exco), NJ (Exco) dan Raymie (Tim. Bendahari).

Kehadiran wakil EOCM ke majlis tersebut dengan memakai t.shirt khas EOCM telah mendapat perhatian dari Pengurusan Tertinggi Proton, terutamanya dari Dato’ Syed Zainal, MD Proton.

Exco EOCM yang hadir telah mengambil kesempatan menyampaikan secara ringkas aktiviti-aktiviti EOCM kepada Dato’ Syed Zainal, terutamanya kejayaan EOCM terkini, menawan Bukit Fraser bersama 61 Exora untuk majlis Aidilfitri Perdana.

Dato’ Syed Zainal telah meluahkan hasrat beliau untuk bersama-sama Exorians menyertai aktiviti EOCM di masa depan dan menggalakkan Exco EOCM untuk menjemput beliau secara terus. Emel dan no telefon Dato Syed Zainal telah kami ambil dan simpan, jadi Exorians sila tunggu kehadiran MD Proton di majlis EOCM akan datang.

Tn. Hj Shukor Ibrahim, CEO Proton Edar dan juga patron kepada EOCM tiba kemudian, hanya Fizar Kelana dan Raymie yang tinggal untuk mengenal beliau dengan lebih dekat. Beliau akan menjemput wakil Exco ke pejabat beliau dalam masa terdekat untuk berbincang bagi mengeratkan lagi hubungan antara Proton dengan EOCM sebagai Duta Jenama Proton.


L-R: NJ, Murza, Noh, Exocula, Raymie, Fizar Kelana.


Meja Santapan dihias indah

Assalamualaikum Exorians…sapa Dato Syed setibanya ke meja makan kami.


NJ dan Datuk Nazmi Salleh, Pengerusi Proton


Datuk Nazmi bersama Murza


Raymie dan Fizar Kelana bersama dengan Tn. Hj. Shukor Ibrahim, Patron EOCM.

3 thoughts on “Majlis Mesra Aidilfitri Proton 2010

  1. boleh.. x salah kalau nak kenal..

    Sila daftar diri di forum & bole mengenali nya dari sana..

    Raymie bukan sahaja hensem, tetapi juga peramah & bertanggungjawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>