EXORA BEYOND DA’ BORDER..EPISODE 1 – CHARITY

pakbara 2

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pengembaraan merentasi sempadan antarabangsa kembali lagi.Selepas kejayaan konvoi pertama ‘EXORA BEYOND DA’ BORDER – PROLOGUE’ pada February 2010 dengan penyertaan 18 Exora merentasi sempadan Malaysia Thailand melalui pintu masuk Wang Kelian,Perlis, kini program tersebut dilanjutkan lagi dengan ‘EXORA BEYOND DA’ BORDER..EPISODE 1 – CHARITY’ membawa misi bantuan dan derma disamping beriadah.

Sedikit pengenalan pada misi yang pertama,

Konvoi antarabangsa pertama kali pada February 2010 menuju ke Pakbara ,Wilayah Satun,Thailand adalah bertujuan untuk membawa misi wakaf dan derma di samping beriadah.Antara aktiviti konvoi tersebut adalah menyampaikan wakaf berupa Al-Quran,sejadah,barangan keperluan untuk pelajar dan banyak lagi di Masjid Al-Bahar di dalam pekan Pakbara dan sebuah Sekolah Agama Pondok Pakbara,Thailand.

03

02

Disamping menjalankan kewajipan membantu sesama muslim,konvoi tersebut juga menjalankan aktiviti riadah berkeluarga.Bermalam di chalet di tepian pantai Pakbara,berkonvoi sepanjang jalanan di Thailand dari Pakbara menuju Pantai Samila,Songkhla yang amat terkenal dengan jolokon Pantai Duyung.Seterusnya berkonvoi memasuki bandar Hadtyai.Dan akhirnya menuju ke Padang Besar (dalam daerah Thailand) untuk bermalam dan membeli belah keesokkan paginya sebelum bertolak pulang pada hari ketiga ke rumah masing-masing membawa seribu kenangan manis sebagai peserta dan perasaan insaf sebagai seorang muslim yang mengenang saudara sesama agama yang serba kekurangan di negara jiran.

05

Dan kali ini misi seterusnya adalah menunaikan hajat dan permintaan oleh Pengetua Sekolah Agama Pakbara memohon bantuan kemudahan pembelajaran untuk kegunaan sekolah dan pelajar tersebut berupa sebuah komputer riba dan LCD Projektor.Peralatan tersebut akan di beli sendiri oleh urusetia konvoi ini di Thailand semasa konvoi dan akan diserahkan kepada pihak sekolah pada hari yang sama.Sebuah tabung telah diwujudkan bagi mengutip derma dan bantuan berupa wang tunai untuk menjayakan bantuan ini.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan ingin menyampaikan bantuan dalam bentuk wang ringgit,silalah berhubung terus dengan :

Saudara Shaharin Saad – 019-4157037 (shaharin_saad@yahoo.com)

Saudara Abdul Hapes – 016-3188491 (geezwiz08@yahoo.com)

Saudara Fandy Zaini – 019-5047144 (ravenfz@yahoo.com)

Sumbangan anda adalah dialu-alukan dan amat dihargai untuk merealisasikan impian saudara sesama Islam di negara yang penduduk minoritinya adalah muslim.Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang banyak membantu dan menderma ke Tabung Pakbara.

06

Nantikan berita selanjutnya selepas tamat misi dan konvoi ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>