Perjumpaan Aidilfitri EOCM Northern Region

Satu perjumpaan Hari Raya Aidilfitri EOCM Northern Region akan diadakan di Pantai Merdeka pada 2 Oktober 2010 bersamaan 23 Syawal 1431 Hijrah.Perjumpaan kali ini lebih berkonsepkan riadah di samping merayakan Aidilfitri.Selain dari itu program perjumpaan kali ini akan diselitkan dengan aktiviti riadah untuk semua ahli keluarga Exorian EOCM seperti permainan dan pertandingan untuk kanak-kanak.Begitu juga perbincangan dan kemaskini maklumat Exora sesama Exorian adalah acara rasmi di setiap perjumpaan.Jamuan pot luck yang terdiri dari juadah yang akan disediakan oleh semua Exorian yang hadir.

Di jemput semua Exorian EOCM dan juga pemilik Exora yang berada berdekatan atau mempunyai masa terluang untuk sama-sama berkumpul dan bersatu menjadi keluarga EOCM yang amat dikenali di serata Malaysia.Kepada pemilik-pemilik Exora yang masih belum berdaftar dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan EOCM,silalah turut serta di dalam acara ini.

Aturcara program adalah seperti berikut :
10.00 pagi – Masa berkumpul di Pantai Merdeka
10.30 pagi – Menjamu selera
11.00 pagi – Sukaneka
12.00 tghr – Acara bebas(perbincangan dan perkongsian maklumat berkenaan EOCM dan Exora)
2.00 ptg – acara tamat

Untuk maklumat dan penyertaan perjumpaan ini,bolehlah menghubungi urusetia kerja di bawah :
Nuarque – 0194760007
G-One – 0194124070
Gandhi – 0195047144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>