Jualan Amal Secangkir Kasih IRM,IKIM,Regency Hotel dan EOCM

Pada 29 May 2010,buat julung-julung kalinya di Utara telah berlangsung Jualan Amal di Alor Setar bagi mengutip dana dan derma yang diuruskan oleh pihak Islamic Relief Malaysia dengan kerjasama Radio IKIMfm dan Regency Hotel.Dan sebagai penghormatan,ahli-ahli EOCM di Utara telah dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini dengan penglibatan EOCM lebih kepada aktiviti berkonvoi sambil mengutip derma di kawasan sekitar Bandaraya Alor Setar.Ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak IRM seluruh Malaysia dan untuk pertama kali dalam tahun ini,Alor Setar telah dipilih untuk menjayakan Jualan Amal ini.Seramai 11 ahli EOCM dan keluarga berkonvoi ke 2 lokasi tumpuan iaitu Menara Alor Setar dan Alor Star Mall bagi menyampaikan risalah,cenderahati dan kutipan derma selain menyampaikan mesej tentang fungsi IRM yang mengadakan acara Jualan Amal di hadapan Hotel Regency Alor Setar.

5

Ahli EOCM NR yang terlibat dalan Jualan Amal.Dari kanan Arar@man,Kingdiamond1,Pulangkani,Nash,Elman,Gandhi,Hafadzmail8994,ExoManiac,Jalak_Lenteng dan kid@Chik

Keratan akhbar Sinar 1 June 2010

IRM,IKIM,EOCM 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>