Proton Exora Club Blog

Sharing All Info About Proton Exora

Archive for December, 2009

Konvoi Exora ke Genting

Posted by lanrambai under Uncategorized

EOCM akan menganjurkan satu acara konvoi Proton Exora ke Genting Highlands pada 9 Januari 2010. Acara ini juga akan dirakamkan oleh TV3 untuk rancangan Jom Ronda Bersama Proton. Semua pemilik Proton Exora adalah dijemput menyertainya. Untuk makluman lanjut sila klik sini.

Exora @ Cinta Sayang ‘09

Posted by Gandhi - Northern Moderator under From our Club Forum/Blog, proton exora club

Pada 11hb December,Cinta Sayang Golf and Country Resorts telah digegarkan dengan kehadiran tidak kurang dari 40 buah Exora yang telah berkonvoi sekitar Sungai Petani sebelum menuju ke destinasi acara Exora @ Cinta Sayang ‘09.Dengan kehadiran krew RTM yang diketuai penerbit En. Idzham membuat liputan sepanjang acara di sini.Peserta terlibat secara langsung dalam aktiviti rakaman RTM yang akan menjadi julung-julung kali penglibatan EOCM di dalam media elektronik.

12

30

22

Penglibatan penaja dari luar seperti dari pihak Cinta Sayang Golf and Country Resorts,Proton,Lee Motor (Alor Setar) Sdn Bhd,Senibina A & A Enterprise dan individu-individu telah menjadikan program ini lebih berjaya.

Acara makan malam diserikan lagi dengan jumlah cabutan bertuah yang menjanjikan setiap Exorian mendapat buah tangan untuk di bawa pulang bersama-sama.

Pada 12hb December,Exorian bergerak menuju ke The Carnivall untuk aktiviti seterusnya.Dan di kesempatan itu rakaman RTM berjalan dengan temuduga secara rambang kepada Exorian,rakaman aktiviti di The Carnivall dan temuduga bersama Presiden dan Pengerusi Penganjur.

13

36

Aktiviti yg bermula dengan telematch untuk anak-anak Exorian dan di sertai juga oleh Exorian sendiri yang dikelola oleh pihak The Carnivall.

Perjumpaan ini telah dirancang pada 31 Oktober 2009 dengan penglibatan dari AJK Central Region yang turut membantu dalam merealisasikan program ini.Dengan kerjasama yang kuat sesama Exorian,acara gemilang ini berjaya dianjurkan selepas kejayaan acara Perhimpunan Raksaksa Hari Raya di Cyberjaya pada 17 Okt lepas.Dan ini merupakan kali ketiga bagi pihak Northern Region berjaya menganjurkan perhimpunan secara rasmi dengan jumlah penyertaan semakin meningkat.Dan pada masa yang sama telah ada ura-ura perjumpaan seterusnya akan dianjurkan di Eastern Region bagi memberi peluang kepada setiap Region untuk menganjurkan aktiviti perjumpaan sebegini.

Terima kasih kepada semua tenaga kerja Northern Region,para peserta dan penaja yang telah bersama-sama menjayakan Exora @ Cinta Sayang ‘09.

Konvoi EOCM Bersama RTM

Posted by lanrambai under Uncategorized

Sempena perhimpunan hujung tahun yang akan diadakan di Sg Petani, Kedah pada 11-12 Disember ini, Radio Televisyen Malaysia telah memberikan persetujuan untuk membuat liputan sepanjang acara ini berlangsung.

Aktiviti utama yang akan dirakamkan ialah aktiviti konvoi Exorian bersama Proton Exora masing-masing menuju ke Cinta Sayang Resort. Semua pemilik Proton Exora yang berkelapangan dan berada di sekitar Sg Petani pada 11 Disember ini dijemput menyertai konvoi tersebut. Sila hadir ke Cinta Sayang Resort pada jam 3 petang untuk urusan persediaan sebelum konvoi. Konvoi dijangka bermula jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 6 petang. Marilah meramaikan acara konvoi sulong ini.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saudara Gandhi di talian 019.504.7144