Satu majlis perjumpaan Proton dengan Kelab Kereta Proton telah diadakan di COE, Subang Jaya pada 19 November 2009. EOCM tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis tersebut dengan diketuai oleh Saudara Murza dan lapan yang lain. Selain daripada acara utama iaitu Dialog Bersama MD Proton Y. Bhg. Dato’ Syed Zainal, peserta program juga berpeluang menyertai lawatan ke Bahagian R&D Proton. Adalah diharapkan satu perjumpaan khas bersama MD untuk EOCM sahaja akan dapat dilaksanakan tidak lama lagi bagi memberi peluang kepada lebih ramai Exorian bertemu mata dengan pengurusan Proton.
Untuk berita lanjut sila klik sini.
