Proton Exora Club Blog

Sharing All Info About Proton Exora

Archive for November, 2009

Satu majlis perjumpaan Proton dengan Kelab Kereta Proton telah diadakan di COE, Subang Jaya pada 19 November 2009. EOCM tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis tersebut dengan diketuai oleh Saudara Murza dan lapan yang lain. Selain daripada acara utama iaitu Dialog Bersama MD Proton Y. Bhg. Dato’ Syed Zainal, peserta program juga berpeluang menyertai lawatan ke Bahagian R&D Proton. Adalah diharapkan satu perjumpaan khas bersama MD untuk EOCM sahaja akan dapat dilaksanakan tidak lama lagi bagi memberi peluang kepada lebih ramai Exorian bertemu mata dengan pengurusan Proton.

Untuk berita lanjut sila klik sini.

Hasil dari perbincangan semua AJK Northern Region maka dengan ini dimaklumkan bahawa aktiviti Gathering End of The Year 2009 adalah seperti berikut.

Tarikh : 11 – 12 December 2009
Lokasi : Kelab Cinta Sayang Sungai Petani Kedah http://cintasayang.com/
Aktiviti : The Carnivall Water Theme Park Sg.Petani

Untuk makluman semua, di atas sebab yg tidak dapat dielakkan, buat masa ini jumlah penyertaan terhad kepada 50 exora sahaja, penyertaan akan diambil kira atas confirmation awal yang diterima untuk join gathering ini. Tarikh tutup adalah pada 15 November 2009.

Cepat.. maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran di forum.